Dah dekat pilihanraya makin hebat kutuk mengutuk fitnah mitnah yang tersebar di dalam page politik mahupun status update melalui media sosial.. untuk semua aku nasihatkan tak perlu nak terlibat sama komen atau like status page2 politik yang banyak kutuk mengutuk dan fitnah sana sini... Makin anda komen makin meleret lah status tersebut... Anda punya hak untuk membaca apa yang anda minati dan mengikuti perkembangan semasa parti atau kerajaan impian anda... Tapi aku nasihatkan buka, baca, fikir, fahami sendiri, rasionalkan, nilaikan, bandingkan dan bila tiba masanya tunaikan atau cuba lah realisasikan kerajaan pilihan anda melalui undi anda nanti...
Tak perlu share ke komen ke apa sebab kebanyakan page tu tak private pun... Dan kalau anda terbaca dan terikut2 sama, dan kalau berdosa ke anda seorang sahaja... Tapi jika anda panjangkan melalui share, komen, like, dan jika benda itu fitnah anda dah dapat saham dosa yang banyak juga nanti jika yang baca tu percaya...
Dah ramai yang dah matang tapi masih ada segelintir yang sanggup guna bahasa kesat yang amat melampau menampakkan ketidak matangan mereka dalam berhujah... Kalau anak or sedara mara nampak status anda komen guna bahasa kesat begitu apa persepsi mereka kepada anda kelak? Jangan nanti anda terkejut jika anak anda menggunakan kata2 kesat pada anda atau orang lain... Dan jangan anda terkejut jika saudara mara anda cuba mengelak jumpa anda atau tak mahu bersembang dengan anda takut nanti tersalah cakap mereka akan dimaki hamum pula... Dari segi lain, melalui status, komen anda menunjukkan undi anda bukan lagi rahsia...
Pada pendapat aku pada masa ini hampir semua orang cuba menegakkan benang yang basah... Hampir semua orang kata mereka betul dan orang yang tak sehaluan itu salah...
Sekian dari aku... Renung2kan... Selamat mengundi....